Pengarah Jon Favareu ketika berucap mengenai filem barunya 'Iron Man 2' di Konvensyen Antarabangsa Comic-Con yang diadakan di San Diego. foto-AP PENGARAH Jon Favreau mengesahkan sekuel ketiga filem 'Iron Man' akan diterbitkan pada tahun 2012.Jon Favreau yang mengarahkan filem 'Iron Man' yang pertama kini sedang dalam proses menyiapkan filem 'Iron Man 2' bagaimanapun beliau enggan memberitahu bila pengambaran untuk sekuel filem yang ketiga itu akan dimulakan. "Filem 'Iron Man 3' itu sudah pasti, tapi tarikh sebenar ia ditayangkan saya pun belum tahu lagi, apa yang boleh saya katakan ia akan siap pengambaran sama dengan filem 'The Avengers' yang turut sama ditayangkan pada tahun 2012 nanti."Sama ada ia akan ditayangkan sebelum atau selepas 'The Avengers' itu pun saya tidak pasti, mengikut rancangan awal 'Iron Man 3' akan ditayangkan terlebih dahulu," kata Jon.Filem 'The Avengers' akan menampilkan karektor Iron Man (Robert Downey Jr.), the Incredible Hulk (Edward Norton), Nick Fury (Samuel L. Jackson) dan watak-watak lain dalam komik Marvel yang akan bergabung dalam satu pengambaran yang penuh aksi.Jon Favreau dilaporkan akan menjadi eksekutif produser untuk filem 'The Avengers' tetapi beliau mengatakan bahawa belum lagi mendatangani apa-apa kontrak mengenai perkara itu.