AMY Winehouse pernah membantu bekas suaminya, Blake Fielder-Civil mendapatkan bekalan dadah sementara Fielder-Civil menjalani hukumannya di penjara.Dia dipenjarakan 27 bulan kerana menyerang seorang tuan punya pub pada 2007. Fielder-Civil mendedahkan perkara tersebut kepada sumber. Dakwanya, penyanyi itu menanggung perbelanjaan mendapatkan bekalan dadahnya di dalam penjara."Apabila saya perlukan heroin, saya akan membuat panggilan telefon kepada Amy dan menyuruhnya memasukkan sejumlah wang ke dalam akaun tertentu," menurut satu sumber."Kadangkala, saya hanya perlukan wang sebanyak 20 pound sehari. Jika saya kerap mengambil dadah, saya boleh membelanjakan sehingga 140 pound sehari."Amy tidak pernah berkata 'tidak' malah dia sentiasa memastikan wang tersebut sentiasa ada walaupun dia tidak melawat serta menulis kepada saya, tambah Fielder-Civil.