suria

Brad Pitt terasa sudah tua, ingin bersara tidak lama lagi

Brad Pitt merasakan masanya dalam bidang lakonan sudah mencukupi dan dia berfikir dia patut meninggalkan bidang tersebut dan memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda. - foto AFP

SELEPAS menumpukan lebih dua dekad terhadap kerjaya lakonannya, bintang Hollywood, Brad Pitt mengatakan dia mahu bersara tidak lama lagi.

Pitt merasakan masanya dalam bidang lakonan sudah mencukupi dan dia berfikir dia patut meninggalkan bidang tersebut dan memberi peluang kepada pelakon-pelakon muda, lapor satu sumber.

"Saya rasa bidang lakonan ini lebih sesuai untuk orang muda, lagipun ada perkara yang kurang menarik untuk orang tua dan kita juga semakin tua. Tetapi saya merasakan saya sudah pun berjaya dalam bidang lakonan.

"Banyak masa yang saya telah luangkan untuk lakonan dan sekarang saya mahu bersara agar ada masa untuk keluarga," kata pelakon yang berumur 45 tahun ini yang memiliki enam orang anak bersama isterinya, Angelina Jolie.

Artikel Lain