Britney Spears memastikan bibirnya kelihatan cantik dengan menggunakan kertas timah aluminium. - foto APDIVA pop Britney Spears mendedahkan dia memastikan bibirnya kelihatan cantik dengan menggunakan kertas timah aluminium.Penyanyi lagu "The Womanizer" khabarnya menggunakan kertas tersebut untuk mendapatkan impak segera, terutama apabila dia berasa letih. Menurut satu sumber, "Untuk memastikan bibirnya kelihatan cergas dan segar, artis solekannya akan mengambil sehelai kertas timah aluminium dari peti sejuk."Dia akan menebuk satu lubang pada kertas itu agar Britney dapat bernafas menerusi mulutnya. Dia juga akan menyapu kertas itu pada wajahnya," kata sumber itu.Rawatan tersebut hakikatnya mengurangkan bengkak sekali gus meninggalkan bibir yang cantik.Britney, 27, bukan satu-satunya bintang yang mengamalkan rawatan kecantikan bibir.Jennifer Aniston misalnya menggunakan sejenis penyental bibir yang lencun dengan gula dan air untuk mengikis sel-sel kulit berkelupas.Sementara itu, Angelina Jolie memakai salap / balsam bibir berharga USD$4.Satu sumber memberitahu: "Angelina menyimpan salap tersebut untuk mengekalkan keunikan bibirnya."Dia menyukainya kerana ia menyegarkan pernafasan dan Angelina benci mengunyah gula-gula getah."