Pelakon/pengacara dan penyanyi, AC Mizal tidak hadir ke mahkamah pada hari ini. SHAH ALAM: Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam memutuskan untuk mendengar permohonan pelakon/pengacara dan penyanyi AC Mizal yang melarang bekas isterinya Shafnie memberi kenyataan media berhubung hak penjagaan anak pada 7 Oktober ini.Dalam pada itu, kes ubah perintah hak penjagaan anak yang dipohon AC Mizal kerana dia mahu mengubah hak penjagaan anak yang sebelum ini berada di bawah penjagaan Shafnie akan didengar pada 24 Disember depan. Menurut peguam syarie Nor Azmi Mohd Arif mewakili Shafnie, sebelum ini kes hak penjagaan anak ini difailkan melalui sebelah pihak iaitu oleh AC Mizal namun hakim syarie mengarahkan dua belah pihak dibicarakan.Shafnie dalam pembelaannya juga menafikan dakwaan AC Mizal yang mengatakan dia sukar berjumpa dan berhubung dengan anak-anak kerana pada bila-bila masa saja AC Mizal boleh berhubung dan berjumpa dengan anak-anak kerana dia tahu di mana mereka tinggal.Menurut Nor Azmi, terdapat syarat-syarat yang membolehkan Shafnie mahupun AC Mizal hilang kelayakan penjagaan anak-anak.Manakala peguam yang mewakili AC, Siti Aishah Din, mengatakan permohonan injuksi tersebut bukan sahaja melarang AC mahupun Shafnie daripada memberikan kenyataan media malah tidak membenarkan media mengeluarkan kenyataan berhubung kes yang tidak disebut dalam mahkamah."Buat apa masing-masing nak aibkan diri mereka, lagipun kenyataan media berhubung kes yang berbaur negatif mampu menggugat reputasi AC diluar,Kalau dia dah tiada kerja, macam mana dia nak beri nafkah kepada anak-anak...," jelas Siti Aishah.Siti Aishah juga memberitahu bahawa kes pada hari ini ditunda bukan disebabkan kerana AC tidak hadirkan diri, sebaliknya kerana kedua-dua responden perlu memfailkan afidavit jawapan sebelum perbicaraan kes pada 24 Disember nanti.Pasangan itu berkahwin pada 24 Jun 1995 dan mendapat dua cahaya mata, Muhammad Shafiq Iman, 12, dan Muhammad Shabil Iman, 9, sebelum bercerai pada 17 Oktober 2001.