BINTANG handalan Britney Spears akan menjual cenderamata secara dalam talian menerusi laman sosial 'Facebook'.
Britney telah melancarkan sejumlah koleksi hadiah digital secara dalam talian untuk para peminatnya.
Hadiah-hadiah tersebut termasuk kek hari jadi, gambar baju seragam sekolah yang dipakai Britney dalam video dan foto untuk lagu "Baby One More Time".
Para peminat boleh "saling berkongsi" hadiah-hadiah digital tersebut.
Menurut laporan media, Britney mempunyai lebih dua juta peminat pada 'Facebook'.
Hadiah-hadiah itu dijual pada harga antara US dolar 2 hingga 20 pada laman rasmi.