suria

Brad Pitt rasa tidak layak jadi Datuk Bandar

Brad Pitt ketika menghadiri tayangan perdana 'The Time Traveler's Wife' di Ziegfeld Theater, New York. foto-AP

BRAD Pitt menepis spekulasi dia akan bertanding untuk jawatan Datuk Bandar di 'rumah angkatnya' di New Orleans, Louisiana.

Ini kerana Brad yang juga bintang filem 'Troy' itu tidak dapat menerima banyak polisi yang "kontroversi".

"Ya, saya bertanding (untuk duduk dalam pejabat Datuk Bandar) untuk perkahwinan homoseksual, tiada agama, serta platform perundangan dan percukaian untuk marijuana!

"Tidak, saya tidak mempunyai peluang. Ia tidak merupakan apa-apa yang saya boleh buat dengan baik," media memetik Brad sebagai berkata.

Bagaimanapun, penduduk bandar itu ingin Brad bertanding untuk jawatan Datuk Bandar.

Mereka yakin kepada keupayaan Brad yang pernah membangunkan kawasan Lower Ninth Ward menerusi dana 'Make It Right Foundation'.

Sekarang, dana tersebut menyediakan perumahan mangsa-mangsa ribut Katrina pada 2005.

Hakikatnya, para peminat Brad telah mengedarkan baju kemeja yang mempunyai imej aktor itu dengan slogan 'Brad Pitt untuk Datuk Bandar'.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain