Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama pemenang pencarian lagu 1 Malaysia, Audi Mok (dua dari kanan) dan Nur Fatima Abd Wahab (kanan) di Banggunan Perdana Putra pada 2 September 2009. Turut sama ialah Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Rais Yatim (kiri) dan Penyanyi Malaysia 1, Faizal Tahir (tengah). Pemenang pencipta lagu Malaysia 1 nyanyian Faizal Tahir itu memenangi wang tunai RM 25,000. -fotoBERNAMABARU kelmarin lagu patriotik 'Malaysia Satu' nyanyian Faizal Tahir diumumkan sebagai juara pencarian lagu '1Malaysia Kita' dan Faizal berhasrat untuk mendermakan separuh habuannya kepada badan-badan kebajikan."Wang tunai RM25,000 akan dibahagikan antara kami bertiga. Audi Mok dan saya telah berhasrat untuk menderma separuh hadiah wang tunai kami untuk tujuan kebajikan. Saya ingin menderma sebagai warganegara Malaysia yang mendukung konsep 1Malaysia. "Sebagai seorang pemuzik, saya berasa berbangga dapat menyumbangkan sesuatu untuk menyokong konsep Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak," kata Faizal selepas ditemubual dalam Celebrity Room @ SURIA FM di sini, semalam.Lagu 'Malaysia Satu' digubah oleh komposer terkenal Audi Mok sementara lirik lagu itu ditulis Nur Fatima. Hasrat murni Faizal itu betul-betul mencerminkan semangat 1Malaysia.Faizal ingin menghulurkan bantuan kepada sesiapa yang memerlukan bantuan tanpa mengira kaum, agama dan keturunan. Semua adalah SATU bangsa Malaysia."Saya tidak pernah terfikir lagu tersebut akan dinyanyikan oleh semua rakyat negara ini sekarang. Saya betul-betul berasa bangga dan bersyukur diberi peluang oleh Audi untuk membawakan lagu tersebut," ujar Faizal.Menceritakan lagu tersebut, Faizal berkata: "Pada mulanya, saya berasa janggal mendendangkan lagu patriotik dengan 'beat marching'."Biasanya, saya nyanyikan lagu-lagu patriotik untuk upacara-upacara korporat," kata Faizal yang masih terkejut dengan kemenangannya itu.Bagaimanapun menurut pelantun lagu 'Malaysia Satu' itu, kekuatan lagu itu ialah ia adalah 'catchy'. Liriknya senang untuk diingati. Ia senang dinyanyikan dan dirakamkan."Kami tidak memerlukan masa yang panjang untuk merakamkannya. Cuma sejam lebih. Biasanya lagu komersial memerlukan lebih dua jam.," kata Faizal lagi.Adakah Faizal Tahir akan menjadi penyanyi lagu patriotik selepas ini?"Tidak pasti. Saya sejujurnya tidak akan berkata ya dan pada masa yang sama, tidak akan berkata tidak. Nyanyian lagu patriotik ini pun satu perkara on dan off," katanya.Walaupun bahang kemenangan pencarian lagu '1Malaysia Kita' masih dirasai, Naib Juara One In A Million (OIAM) musim pertama itu memberitahu dia masih ingin mengekalkan stail nyanyian 'rock'.Selain berupa penyanyi lagu patriotik kini, kata Faizal, dia tidak akan mengubah cara nyanyiannya untuk menyesuaikan diri dengan imej baru itu."Saya akan menjadi Faizal Tahir yang sebenarnya iaitu penyanyi rock. Saya ikhlas terhadap diri saya sendiri. Itu adalah pendekatan unik saya," ujarnya.Selasa lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika mengumumkan juara pencarian lagu '1Malaysia Kita' berkata lagu rancak dan bersemangat itu boleh diubahsuai sedikit kalau hendak dinyanyikan oleh kumpulan koir.Bagi Faizal, orang ramai boleh menyanyi mengikut rentak mereka selagi mereka masih dapat menghayati lagu tersebut. Apa yang penting mereka faham dan dapat memahami apa maknanya bergelar seorang rakyat Malaysia yang bernaung di bawah konsep 1Malaysia.Dalam perkembangan terkini, Faizal memberitahu dia sedang dalam proses pembikinan album kedua yang bakal dilancarkan pada Disember ini."Terdapat lapan lagu kesemuanya. Salah satu lagunya ialah 'Bencinta'. Saya tengah membuat single kedua," kata Faizal.Untuk sambutan Hari Raya tahun ini, Faizal akan merayakan Hari Raya Pertama di kampung halaman isterinya di Selayang."Hari Raya kedua saya akan merayakannya di Penang. Saya harap dapat bercuti untuk dua minggu," kata penyanyi lagu 'Bencinta' itu.