Aktres jelitawan Cate Blanchett rebah di atas pentas kerana terhantuk dengan penyangga. foto-AFP AKTRESS Cate Blanchett terjatuh dan darah kelihatan mengalir keluar dari kepalanya selepas dia terjatuh di atas pentas kerana terhantuk penyangga.Penganjur program tersebut serta merta menghentikan sebarang aktiviti selepas aktres yang pernah memenangi anugerah Oskar itu rebah. "Darah jelas kelihatan mengalir dari bahagian belakang kepalanya dan juga leher," kata sumber.Jurucakap Syarikat Sydney Theatre berkata: "Dia mengalami hentakan yang kuat di kepala."