Penyanyi RnB, Chris Brown, ditemuramah oleh Larry King bersama ibunya, Joyce Hawkins di Studio CNN Los Angeles pada 26 Ogos 2009. - foto REUTERSIBU Chris Brown, Joyce Hawkins merindui bekas kekasih anaknya, Rihanna dan berharap dapat berjumpa dengannya.Hawkins tidak pernah bertemu dengan Rihanna selepas anaknya menyerang Rihanna pada Februari tahun ini. "Saya sayangkan Rihanna. Dia bagaikan anak saya sendiri. Dia juga sudah sebahagian dari keluarga kami. Kami telah menyambut Krismas bersama pada dua tahun lepas dan saya amat merinduinya," kata Hawkins kepada satu sumber.Chris telah menyerang Rihanna di dalam keretanya selepas mereka meninggalkan parti pra anugerah Grammy.