Memey mengikut Norman pulang ke kampung bagi menjaga 'baby' lelaki itu. -foto The Star oleh AZHAR MAHFOF“SAYA mengaku memang mengikut Abang Norman pulang ke Kuantan tetapi apa yang berlaku selepas itu biar antara saya dan dia sahaja yang tahu. Saya rasa hal ini tak perlu dikongsi dengan semua,” kata aktres cantik, Memey Suhaiza yang kini masih diburu kontroversi sejak dituduh berkhalwat dengan aktor Norman Hakim.Dakwaan yang hangat diperbualkan kini mengatakan Memey mengikut Norman pulang ke kampungnya di Kuantan, Pahang semasa musim cuti sekolah baru-baru ini dengan menaiki kereta bekas isteri Norman, aktres Abby Abadi. Memey mengakui dia menemani Norman dan tiga orang anaknya- Mohamad Danish Hakim, 6; Marissa Dania Hakim, 4, dan Maria Danisha Hakim, 1, ke rumah ibu Norman di Kuantan atas sebab tertentu.“Kebetulan, waktu itu Norman membawa tiga orang anaknya termasuk ‘baby’ (Danisha) jadi agak sukar untuk dia memandu.“Jadi, saya tolong jaga ‘baby’ itu untuk dia dan ini merupakan kali pertama saya berjumpa dengan anak-anak dia,” jelas Memey yang enggan bercerita lebih kerana bimbang sekiranya kenyataannya nanti menimbulkan isu lain pula.Jelas Memey, “Saya ada dengar juga tentang dakwaan itu dan ramai pihak yang bertanya kepada saya untuk mendapatkan kepastian.“Bagi saya, biar antara kami sahaja yang tahu dan faham hal ini kerana saya tak nak perkara ini menjadi lebih sulit.“Saya tak nak nanti kedua belah pihak akan saling berbalas kenyataan..”Menyentuh tentang desas-desus mengatakan Memey memanggil Norman ‘sayang’ pula, gadis berusia 21 tahun ini hanya tersenyum sipu tanpa mengiyakan atau menafikannya.Seperti biasa apabila diduga dengan soalan bila mereka akan berkahwin, Memey menjawab dia tidak menolak jodoh dengan Norman tetapi mereka tidak mungkin akan bersatu dalam masa terdekat ini.“Sekarang, saya lebih fokuskan diri kepada karier kerana saya tak nak orang nilai saya disebabkan kontroversi semata tetapi lebih melihat kepada karier saya juga.“Karier saya tengah berkembang, jadi bab kahwin ini tolak tepi dulu dan usia saya pun masih muda. Apa yang boleh saya katakan hubungan kami agak rapat sekarang.“Lagipun, saya ni perempuan..kalau nak lebih-lebih pun tak bagus. Ada jodoh antara kami, saya terima seadanya,” katanya yang sedang sibuk dengan pengambaran drama 44 episod ‘Cinta Balkish’, telefilem ‘Dunia Belum Kiamat’ dan siri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur’ musim ketiga semasa bulan puasa ini.Pelakon yang mula popular menerusi drama bersiri ‘Roda-Roda Kuala Lumpur’ dan ‘Puteri Aurora Beradu’ ini turut meluahkan yang dia agak terkejut dengan reaksi anak-anak Norman ketika dipertemukan terutama Danish dan Dania yang begitu baik dengannya.Malahan Memey akui kini dia dan anak-anak Norman menjadi sangat rapat sejak percutian itu.“Saya agak terkejut sebab mereka tahu apa yang saya lalui. Walaupun mereka masih kecil, tetapi pemikiran mereka matang dan profesional. Apa yang penting, mereka terima kehadiran saya,” luah Memey yang pada mulanya agak takut dan bimbang sekiranya anak-anak itu tidak mahu menegurnya.Bercerita mengenai keletah anak-anak itu, Memey berkata anak kedua Norman, Dania pada mulanya tidak terlalu melayannya manakala yang sulung, Danish lebih bersikap terbuka.“Saya tengok Danish seorang yang ‘open’ tetapi Dania ambil masa juga untuk berbaik dengan saya sebab dia lebih suka perhatikan saya.“Sekarang, kami dah rapat sampai dia tak nak lepaskan saya selepas kami pulang ke Kuala Lumpur. Saya agak terkejut dan berbangga dengan mereka,” ujarnya yang membahasakan dirinya ‘Aunt Memey’ dalam nada ceria.Dalam masa yang sama, Memey mengaku dia telah menganggap anak-anak Norman ibarat anak-anaknya sendiri dan memandangkan Hari Raya bakal menjelma tidak salah sekiranya dia ingin membeli sedikit pakaian raya untuk tiga beradik itu.“Insya-Allah, dah dekat raya nanti saya ingat nak beli baju raya untuk mereka,” tuturnya yang akan pulang beraya selama seminggu di kampungnya di Kota Tinggi, Johor.Anak ketiga daripada enam beradik ini berkata dia akan beraya di banglo baru milik ibu dan bapanya yang dibina hasil perkongsian duitnya dan adik-beradik yang lain sejak Ogos lalu.Katanya, selepas seminggu beraya, dia merancang untuk beraya di kampung Norman dan selepas itu Norman akan melawat keluarganya pula.