suria

Anak MJ hanya akan bersekolah dirumah

Katherine tidak akan menghantar cucu-cucunya ke sekolah, sebaliknya akan meneruskan sesi persekolahan mereka di rumah sahaja seperti sebelum ini. - foto AP

IBU Michael Jackson telah membuat keputusan untuk tidak menghantar ketiga-tiga orang cucunya ke sekolah, mereka dilaporkan akan menyambung pelajaran mereka di rumah dengan guru peribadi.

Katherine Jackson telah mendapat hak penjagaan tetap ke atas Prince Michael, 12, Paris, 11, dan Prince Michael II (Blanket), tujuh, selepas kematian mengejut Michael pada Jun lalu.

Ketiga-tiga mereka tidak pernah ke sekolah seperti kanak-kanak lain dan spekulasi mengatakan bahawa Katherine akan mendaftarkan mereka di sebuah institut pendidikan eksklusif di California untuk memberi pendedahan dunia luar terhadap mereka.

Tetapi ada sumber yang mengatakan ketiga-tiga mereka tidak akan mendaftarkan diri ke Buckley School pada muism luruh ini, tetapi akan menyambung sesi persekolahan mereka di rumah dengan guru yang sama pernah diupah oleh Michael.

Laporan sumber tersebut juga mengatakan keluarga tersebut berminat untuk menyediakan satu suasana persekolahan biasa kepada mereka, malah dikatakan mereka akan membina sebuah bangunan sekolah dan gelanggang bola tampar bagi kemudahan aktiviti luar rumah.

Artikel Lain