suria

Sir Paul McCartney: Saya bertuah mempunyai kawan seperti John Lennon

Sir Paul McCartney ketika membuat persembahan di Citi Field, New York. foto-AP
Sir Paul McCartney ketika membuat persembahan di Citi Field, New York. foto-AP
Sir Paul McCartney ketika membuat persembahan di Citi Field, New York. foto-AP

SIR Paul McCartney mengatakan dia bertuah mempunyai seorang kawan seperti bekas anggota kumpulan The Beatles, John Lennon.

Menurut Paul dia jarang bertengkar dan tidak sependapat dengan John Lennon.

Bagaimanapun tidak lama selepas kumpulan The Beatles terkenal di seluruh dunia, hubungan mereka mula renggang dan akhirnya kumpulan itu terpaksa berpecah pada tahun 1970.

Mereka bersatu semula selepas beberapa tahun kemudian dan hubungan mereka kembali akrab seperti biasa. John Lennon meninggal dunia secara mengejut pada tahun 1980.

"John sangat istimewa bagi saya... sayalah orang yang selalu duduk dan mencipta lagu bersama-sama dengannya. Saya telah mengharungi pelbagai cabaran dengan John Lennon. Kata Paul McCartney

Artikel Lain