suria

Winehouse tahan sakit untuk 'mencantikkan' gigi coklatnya.

Amy komited untuk menjadikan giginya berkilauan semula. -Foto REUTERS
Amy komited untuk menjadikan giginya berkilauan semula. -Foto REUTERS
Amy komited untuk menjadikan giginya berkilauan semula. -Foto REUTERS

PENYANYI Amy Winehouse kini terpaksa menahan sakit menjalani "pembinaan semula" giginya yang rosak ekoran penyalahgunaan dadah.

"Gigi Amy berada dalam keadaan yang teruk. Giginya berwarna coklat dan ini memerlukan banyak kerja pemulihan gigi.

"Bagaimanapun, Amy komited untuk menjadikan giginya berkilau semula," menurut satu sumber.

"Semua kerja pemulihan adalah major dan ini menyebabkan dia sering kesakitan. Pun begitu, Amy berasa berbaloi.

"Dia telah diberikan beberapa jenis dadah yang kuat untuk menahan sakit," tambah sumber itu.

Sementara itu, Amy didakwa bergaduh dengan seorang pelanggan Kelab Soho's Jazz After Dark.

Artikel Lain