suria

Eross Shiela on 7 kahwin 'rahsia'?

Pernikahan gitaris Sheila On 7, Eross Candra dirahsiakan dan hanya diketahui setelah berlangsungnya perkahwinan tersebut.
Pernikahan gitaris Sheila On 7, Eross Candra dirahsiakan dan hanya diketahui setelah berlangsungnya perkahwinan tersebut.
Pernikahan gitaris Sheila On 7, Eross Candra dirahsiakan dan hanya diketahui setelah berlangsungnya perkahwinan tersebut.

KHABAR mengejutkan datang dari negera seberang. Gitaris band Sheila on 7 Eross Candra telah membuat keputusan keputusan mengakhiri zaman bujangnya dengan menikahi gadis berusia 18 tahun pada 4 Syawal baru-baru ini.

Pernikahan Eross dirahsiakan dan hanya dapat dihidu setelah berlangsungnya upacara perkahwinan. Malah isteri yang baru dinikahinya, Sarah Diorita tidak pernah diekspose oleh media di sana.

Bukan saja media tidak diundang ke majlis pernikahan itu, anggota Sheila On 7 juga khabarnya tidak mendapat jemputan dan pernikahan itu berlangsung dalam suasana yang amat 'low key' dan sederhana sekali.

Menurut pengurus kumpulan itu, ahli-ahli Sheila On 7 juga hanya diberitahu tentang perkahwinan itu beberapa hari sebelum hari langsungnya. Pernikahan tersebut diadakan di rumah kediaman pengantin perempuan di Magelang, Jawa Tengah.

Eross pernah digosipkan dengan seorang gadis yang bekerja dengan bank ketika kelibat Eross dengan gadis itu kelihatan di konsert grup band GIGI pada bulan Mei lalu.

Setelah putus hubungan dengan artis Leony Hartanti, Eross yang kini berusia 30 tahun telah menjalin hubungan dengan Sarah Diorita.

Eross bernikah dengan Sarah pada hari Khamis 24 September di Kantor Urusan Agama (KUA) Kecamatan Sleman, Daerah Istimewa Yogyakarta dan majlis resepsi telah diadakan di rumah keluarga Sarah.

Menurut pengurus Shiela on 7, Anton Kurniawan, setahunya Eross berpacaran dengan Sarah kira-kira 6 bulan yang lalu.

Perkenalan itu terjalin melalui adik Eross, Raymond. Sarah, yang baru berumur 18 tahun dan Raymond adalah kenalan baik dan Sarah bertemu dengan Eross di sebuah acara di Yogyakarta. Sarah berdarah Perancis-Jawa. Ibunya, Perancis dan ayahnya Jawa. Orangtuanya itu tinggal di Perancis. Sarah pernah melanjutkan pelajarannya dalam pendidikan program diploma untuk bahasa Mandarin di Singapura.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain