Stephen Gately.'TEMAN' kepada Stephen Gately, Andrew Cowles atau Andy dilaporkan telah cuba sedaya-upaya menyedarkan pasangannya itu semula, selepas mendapati dia tidak lagi bernyawa ketika mereka sedang dalam percutian di Sepanyol.Ahli anggota kumpulan Boyzone yang berkahwin dengan Andy di dalam upacara sivil tertutup di London pada tahun 2006 itu dijumpai mati, 10 Oktober lalu. Andy dan Gately dikatakan keluar untuk minum di sebuah bar dan berparti di rumah sebelum penyanyi berusia 33 tahun itu didapati meninggal dunia secara mengejut.Gately dipercayai tersedak sewaktu termuntah pada malam itu."Andy menjerit kepadanya, 'bangun! bangun!. Dia juga memberikan bantuan pernafasan mulut ke mulut. Apabila semuanya nampak tidak berjaya, dia menampar muka Gately," kata seorang kenalan kepada pasangan itu."Tetapi doktor kemudiannya mengesahkan bahawa paru-parunya dipenuhi dengan cecair. Tiada apa yang boleh dilakukan lagi oleh Andy," tambahnya lagi."Menurut sumber polis: "Stephen dijumpai di dalam posisi yang pelik iaitu di dalam keadaan bertinggung di sofa. Pasangannya duduk di sebelah dalam kesedihan dan ditenangkan oleh seorang jiran yang dipanggil untuk membantu."Bedah siasat dijangka akan dibuat dalam masa terdekat."Kami masih menantikan autopsi, tetapi kami tidak merasakan wujud kecurigaan dalam kematiannya."