suria

Stephen Gately 'Boyzone' meninggal kerana tersedak

Gambar fail bertarikh 8 Mei 2008 ini menunjukkan Stephen Gately bergambar ketika tiba di The Caudwell Children's Charity Legends Ball di London, Britain. -Foto AP

PENYEBAB kematian ahli kumpulan Boyzone Stephen Gately, terjawab sudah akhirnya. Pihak berkuasa Mallorca mengumumkan yang Gately meninggal kerana tersedak.

"Dia mati kerana tersedak," ujar satu sumber yang tidak mahu dikenali itu.

Walau bagaimanapun, keterangan tersebut memang belum rasmi. Ujian kandungan bahan kimia di tubuh Gately juga belum selesai.

Namun dari hasil pemeriksaan, tidak ditemukan indikasi adanya kekerasan fisik, bekas suntikan ataupun tanda-tanda beliau bunuh diri.

Pihak berkuasa itu juga tidak menolak kemungkinan kalau Gately meninggal kerana kehabisan nafas.

"Ini adalah kerana terdapat banyak cairan di paru-parunya," jelas sumber tersebut.

Keluarga Gately melalui jurucakapnya, Gerald Kean juga tidak ingin memanjangkan sebab kematian pemuda berusia 33 tahun itu.

"Tidak ada sebab untuk dia bunuh diri, over dose atau ada kemungkinan pihak-pihak lain yang sengaja membunuhnya. Kami minta kesnya ditutup," jelas Kean.

Artikel Sebelum

Artikel Lain