suria

Amy Winehouse nafi berbaik semula dengan bekas kekasihnya

Amy Winehouse menyanyikan lagu 'Ghost Town' selepas membuat persembahan dengan kumpulan British, "The Specials" di The V Festival di Chelmsford, England pada 22 Ogos 2009. -Foto AP
Amy Winehouse menyanyikan lagu 'Ghost Town' selepas membuat persembahan dengan kumpulan British,
Amy Winehouse menyanyikan lagu 'Ghost Town' selepas membuat persembahan dengan kumpulan British, "The Specials" di The V Festival di Chelmsford, England pada 22 Ogos 2009. -Foto AP

AMY Winehouse menafikan khabar angin yang dia berbaik semula dengan bekas suaminya Blake Fielder-Civil ekoran spekulasi di tabloid tentang perhubungan mereka.

Perhubungan pasangan selama dua tahun itu berakhir Julai lalu selepas dakwaan salah seorang daripadanya berlaku curang.

Namun, mereka dikhabarkan kembali bersama dan cuba menyelamatkan perkahwinan mereka.

Gosip tentang pasangan itu kembali bersama bertiup kencang pada hujung minggu ini (24-25 Oktober 2009) selepas Winehouse mengubah status perhubungannya di laman web sosial Facebook.com kepada "berkahwin".

Bagaimanapun, Winehouse menafikan sekeras-kerasnya khabar angin yang tidak berasas itu.

"Ia adalah tidak benar. Kami tidak berkahwin. Itu adalah khabar angin semata-mata," katanya.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain