BEKAS rocker Rolling Stones, Bill Wyman berhenti merokok kerana menghadapi masalah kesihatan yang serius selepas 55 tahun merokok.
Doktor menasihatkannya agar berhenti merokok atau bersedia menemui ajal sekiranya terus-menerus merokok.
Wyman ialah gitaris bass untuk kumpulan rock itu dari 1962 hingga 1992. Dia merupakan perokok tegar untuk beberapa dekad.
Satu perjumpaan dengan doktor baru-baru ini bagaimanapun menyedarkan Wyman tentang bahaya merokok.
Wyman berkata: "Doktor memberitahu saya: 'Jika anda terus merokok, anda akan menghidap emphysema (penyakit peparu).' Jadi saya fikir: 'Saya akan berhenti (merokok).' "