WILL Smith bercakap secara terbuka mengenai perasaanya selepas penceraian pertamanya setelah kian lama.Menurut pelakon itu, penceraian adalah “kehilangan yang amat menyakitkan.” Will berkahwin dengan teman wanitanya Sheree Zampino pada tahun 1992 sebelum kelahiran anak pertama mereka, Trey.Mereka kemudiannya bercerai pada tahun 1995.Will mendakwa telah belajar daripada kesilapannya, dan sekarang tahu bagaimana untuk berdepan masalah rumah tangga setelah berkahwin dengan aktres Jada Pinkett Smith.Pelakon itu juga mengakui perkahwinan pertamanya mungkin dapat diselamatkan sekiranya berusaha untuk menyelamatkannya dahulu. “Saya mengahwini Jada dengan bersaksikan tuhan, ahli-ahli keluarga serta kawan-kawan, dan telah berjanji tidak akan berpisah dengannya sehinga mati.“Kami hanya boleh berpisah melalui dua cara sahaja , iaitu sama ada saya mati atau kami mati bersama,” jelas Will. Menurut pelakon itu, ramai yang bertanya kepadanya bagaimana jika mereka menghadapi masalah.Will berkata, seseorang perlu lebih berhati-hati apabila mengucapkan kata-kata ‘kami akan hidup bersama sehingga mati’ dihadapan tuhan.