suria

Lindsay Lohan pernah menumbuk dan menendang ibunya

PENYANYI Lindsay Lohan pernah menumbuk ibunya, Dina dan menendangnya keluar dari kereta.

Tindakannya itu dirakam menerusi satu perbualan rakaman audio yang disiarkan dalam Internet.

Dalam rakaman itu, Dina bercakap dengan ayah Lindsay, Michael bagaimana filem ‘Mean Girls’ telah mengubah perwatakan Lindsay yang pada masa itu terlibat dengan dadah.

Menurut ibunya, gadis itu menumbuk dan bertindak secara liar apabila bercakap mengenai tabiat menghisap dadah.

“Awak tidak tahu apa yang saya sedang lalui. Saya cuba meyakinkan Lindsay untuk memasuki pusat pemulihan dadah,” kata Dina dalam rakaman audio tersebut kepada ayah Lindsay, Michael.

Dalam rakaman itu juga Dina bercakap bagaimana Linsay bertindak apabila Dina cuba memujuk Lindsay untuk menyertai pusat pemulihan dadah.

”Lindsay menumbuk dan menendang saya keluar dari kereta,” kata Dina menerusi rakaman audio yang telah disiarkan dalam Internet itu.

Sementara itu, Dina juga pernah menghalang Lindsay untuk pergi ke Los Angelas semasa dia berumur 18 tahun tetapi Lindsay mengekari kata-kata ibunya.

Tambah ibunya lagi, itu merupakan satu contoh yang tidak baik kepada tiga orang lagi adik-beradik Lindsay.

“Masa itu bagaikan neraka,” ujar Dina.

Rakaman audio itu dirakam pada bulan September 2008 dan disiarkan dalam Internet berserta dengan satu lagi rakaman Lindsay yang telah menangis kepada ayahnya menerusi satu perbualan telefon.

Dalam rakaman tersebut, Lindsay berkata tiada siapa pun yang kisah mengenai apa kemahuaanya.

“Semua yang mereka lakukan di L.A adalah mengikut kemahuan mereka. Mereka tidak pernah kisah mengenai perasaan dan kemahuan saya melainkan saya mempertahankan kehendak saya,” kata Lindsay dalam rakaman perbualan telefon itu.

Artikel Lain