Bruce Willis ditemuramah oleh wartawan semasa tayangan perdana filem 'Surrogates' di pawagam The El Capitan pada 24 September 2009 di Los Angeles. -Foto AP BINTANG filem 'Die Hard' Bruce Willis mendedahkan dia tidak akan sesekali menjalani pembedahan kosmetik untuk berwajah kacak.Willis, 54, mengaku dia tidak mengamalkan rutin penjagaan kulit dan tidak akan mempertimbangkan untuk menjalani pembedahan. "Pasal pembedahan kosmetik. Saya tahu ramai orang menjalani pembedahan kosmetik tetapi saya bukan salah seorang daripadanya. Ia adalah perniagaan besar yang lumayan," media memetik Willis sebagai berkata."Saya tidak merancang untuk membedah diri sendiri. Anda mungkin terkejut jika terdapat ramai pelakon lelaki ingin menjalani pembedahan plastik sama seperti pelakon wanita."Saya tidak fikir tentangnya. Saya tidak kisah," kata Willis.