Chris Brown mengaku bersalah mencederakan Rihanna. -Foto AFPCHRIS Brown nampaknya 'menghentam' semula keputusan bekas kekasihnya, Rihanna yang mendedahkan kisah pergaduhan antara mereka pada Februari lalu dan menegaskan apa yang berlaku sepatutnya disimpan antara mereka saja.Bintang R&B itu mengaku bersalah mencederakan Rihanna pada malam sebelum berlangsungnya Anugerah Grammy dan baru-baru ini telah memulakan hukuman khidmat komunitinya. Dia juga diarahkan agar tidak menghampiri Rihaan dalam jarak 100 ela selama lima tahun.Kedua-dua selebriti itu muncul di dalam satu temubual berbeza di Amerika pada 6 November lalu dan Brown memulakan kenyataan awalnya berhubung temubual Rihanna untuk program berita, yang mana ia diprebiukan selepas Brown terlibat dengan rakaman MTV Chat.Di dalam temubual antara Rihanna dan penyampai berita Diane Sawyer, penyanyi itu mengesahkan laporan bahawa pergaduhannya dengan Brown bermula setelah Brown menerima satu kiriman SMS daripada seorang wanita misteri.Rihanna mendakwa bekas kekasihnya itu hilang sabar dan terus mengamuk apabila dia bertanyakan siapa yang menghantar mesej tersebut.Kata Rihanna, "Apa yang boleh saya fikirkan ketika itu adalah 'bila semua ini akan berhenti?'. Dia benar-benar bukan dirinya ketika itu."Muka saya bengkak dan berdarah. Tiada cara lain untuk saya pulang ke rumah. Pilihan terakhir adalah keluar daripada kereta dan berjalan dengan gaun dan muka yang dipenuhi darah."Saya memang tidak tahu apa perlu dibuat."Namun Brown merasakan tindakan Rihanna membincangkan perkara itu secara terbuka agak melampau.Dalam satu kenyataan yang dirakamkan menerusi perbualan di MTV, Brown berkata, "Saya menghormati hak Rihanna untuk membincangkan tentang kejadian yang berlaku pada 8 Februari lalu, tetapi saya akan terus dengan pendirian saya bahawa semua butiran tentang perkara itu harus disimpan antara kami saja."Dia turut menambah, "Saya hargai sokongannya (Rihanna) dan doakan yang terbaik untuknya. Saya amat kesal dengan apa yang saya lakukan dan menerima hukuman yang diberikan."Buat masa ini, saya sedang cuba belajar dari kesilapan tersebut. Saya berharap mereka yang melalui situasi yang sama juga dapat belajar dari pengalaman tersebut. Penganiayaan adalah salah."