suria

Aksi Lucah Adam Lambert Di 'American Music Awards' Dikecam Penonton

NEW YORK: Ribuan aduan diterima kerana persembahan lucah Adam Lambert pada 'American Music Awards' termasuk kritikan terhadap adegan ciumnya dengan seorang pemain keyboard yang menyebabkan lelaki berkenaan meninggalkan sesi latihan untuk persembahan itu.

ABC tidak menyangka salah seorang daripada penari Lambert akan meletakkan mukanya di celah kelangkang penyanyi itu semasa menyampaikan lagu "For Your Entertainment".

Itu merupakan salah satu babak yang terpaksa dipotong ketika anugerah itu berlangsung menyebabkan ia disiarkan secara siaran tertunda di Pantai Barat pada Ahad.

Ketika sesi latihan minggu lalu, seorang wartawan AP yang menghadiri sesi latihan tersebut berkata bekas bintang America Idol itu menolak muka penari itu di celah kelakangnya namun penari berkenaan tidak terlalu hampir dengan Lambert pada sesi raptai itu berbanding dengan apa yang berlaku pada persembahan pada malam Ahad yang lalu.

Semasa raptai persembahan berlangsung, Lambert membelai muka seorang penari lelaki secara menunduk namun tangannya tidak diletakkan di pipi penari berkenaan pada malam persembahan itu.

"Banyak yang saya lakukan ketika persembahan itu adalah gaya bebas," kata penyanyi itu kepada wartawan ‘The Associated Press’ ketika sesi latihan koreografi berlangsung minggu lepas.

"Ini adalah gaya seorang ‘Idola’. Dan itulah cara saya membuat persembahan. Saya suka membuat rangka kerja terlebih dahulu sebelum saya membuat persembahan. Apa yang berlaku ketika persembahan kerana saya mahu pergerakan yang tersusun dengan penari," katanya.

Pelbagai komen positif dan negatif terhadap persembahan sensasi bintang ‘America Idol’ itu dihantar melalui online.

Insiden yang berlaku kepada Lambert mengimbau peristiwa yang pernah berlaku di MTV Video Music Awards pada 2003 apabila Madonna dan Britney Spears telah bercium di bibir di hadapan penonton.

Lambert, yang tidak pernah menyembunyi hakikat yang dia adalah seorang gay, memberitahu sebelum beliau beraksi di atas pentas, dia pernah terfikir bagaimana seorang penari lelaki boleh membuat sesuatu aksi yang di luar jangkaan.

Lambert, bagaimana pun telah memberitahu CNN yang ciumannya 'berlaku secara tiba-tiba' dan sekiranya ada orang yang terkejut dan tidak suka apa yang terjadi, beliau menyifatkan ianya "sebagai sejenis diskriminasi dan dia tidak kisah."

ABC juga melaporkan bahawa lebih 1,500 orang telah membuat aduan. Namun pihak stesen sifatkan reaksi itu sebagai 'respon yang sederhana' dan pihak Parents Television Council juga ada membuat laporan yang sama.

"Mereka yang membuat aduan cukup terperanjat dengan insiden itu," jelas Timothy Winters, presiden Parents Television Council.

"Mereka tidak menjangkakan bahawa pengisiannya begitu sekali kerana ianya begitu grafik."

Kata Winter lagi, nampaknya semua artis yang muncul di anugerah sedemikian cuba untuk membuat sesuatu yang di luar jangkaan.

"Program begini tidak sesuai langsung untuk tontonan kanak-kanak dan ianya begitu menyedihkan memandangkan bagaimana sokongan ekonomi juga datang dari golongan kanak-kanak dan remaja," katanya.

Persembahan Lambert disifatkan sebagai 'terlalu' panas untuk segmen siang ABC 'The View' pada Isnin. Barbara Walters juga berpandangan ianya terlalu teruk untuk disiarkan di TV pada siang hari.

Jurucakap bagi ABC, Hope Hartman dan Lynda Dorf, yang juga mewahili Dick Clark Productions, yang menerbitkan program itu, tidak memberi komen bagaimana perasaan penerbit dan eksekutif tentang program seperti itu.

Bagaimana pun, Dorf berkata, Lambert tidak mencium mana-mana penari ketika membuat latihan.

Persembahan Lambert menjadi topik hangat di online juga.

Penulis Entertainment Weekly, Ken Tucker, mempunyai pendirian yang berbeza. Tucker memuji Lambert kerana berjaya "membuat sebuah persembahan hebat untuk dirinya."

"Sebagai penonton TV, saya rasa persembahan Lambert adalah sesuatu yang menyeronokkan, ada sedikit kelucahan yang tidak tertakluk dalam aspek kelucahan yang sebenarnya," kata Tucker.

Seorang pengkritik dari Boston Globe Television pula berkata, "persembahan itu tidak mendatangkan apa-apa masalah."

"Ianya tidak lebih dari satu posing dan sejenis 'menjual diri', dan bukan satu provokasi yang jujur," kata kata Matthew Gilbert dalam blog Globenya.

Di sebalik segala kekecohan yang timbul, Lambert berkata, "Saya begitu teruja kerana ianya sesuatu yang menghiburkan. Penari-penari saya juga terhibur dan semua penonton di Nokia (Theatre) juga dihiburkan. Sesiapa yang menyaksikan tentu sekali terhibur. Terima Kasih kerana telah menikmati hiburan itu."

Beberapa hari selepas membuat persembahan itu, Lambert telah cuba untuk membuat kenyataan berhubung insiden itu.

"Banyak 'double-standard' dan ketidakadilan yang terjadi," jelas Lambert kepada stesen AP.

"Kita sudah menyaksikan artis wanita dan rock melakukan aksi ghairah itu selama 10 tahun. Mereka provokatif dan menunjukkan kuasa dan aksi seksual mereka.

"Cuma, anda tidak akan melihat artis lelaki melakukan itu. Dan saya berharap untuk mengubah 'double standard' itu dengan persembahan saya," kata Lambert.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain