suria

Anang Bersyukur Dapat Tunai Ibadah Korban

Anang ketika masih menjadi suami penyanyi Krisdayanti.
Anang ketika masih menjadi suami penyanyi Krisdayanti.
Anang ketika masih menjadi suami penyanyi Krisdayanti.

PENYANYI dan komposer Anang Hermansyah yang berniat untuk solat Aidiladha hampir sahaja tidak sempat melaksanakannya. Walaupun hukum solat Aidiladha adalah sunat, ia sangat dianjurkan bagi umat Islam.

"Saya hampir tidak sempat menunaikan solat Raya kerana terlambat bangun," ujar Anang semasa ditemui di rumahnya di Jl Radio Dalam Raya, Jakarta Selatan.

Anang menolak anggapan dirinya terlewat bangun kerana tiada seorang isteri. "Alasan itu tidak munasabah," katanya ringkas.

Katanya, dia tidur lena setelah sibuk bekerja ditambah dengan cuaca yang mendung di Jakarta. Penyanyi lagu 'Separuh Jiwaku Pergi' itu juga bersyukur kerana dapat menunaikan ibadah korban di Hari Raya Aidiladha tahun ini.

Ditanya berapa ekor kambing atau sapi yang dikorbankan Anang?, dia menjawab "Saya tidak melihat jenis binatang apa yang saya korbankan."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain