suria

50 Cent Tak Percaya Dengan Wanita Lagi

50 Cent Tidak mudah Ditipu
50 Cent Tidak mudah Ditipu
50 Cent Tidak mudah Ditipu

PENYANYI rap Amerika, 50 Cent mendedahkan dia cukup mencari teman wanita kerana beliau yakin kebanyakan wanita hanya inginkan duit yang dimilikkinya dan bukan dirinya.

Bintang hip-hop yang bernama Curtis Jackson itu telah meraih pulangan yang lumayan hasil dari karier filemnya, kontrak endorsement dan juga jenama pakaian yang telah dikomersialkan.

Kata Jackson lagi, tidak mudah untuknya mempercayai wanita lagi kerana pengalaman pahit yang telah dilaluinya.

"Saya masih bujang dan sudah lama tidak mempunyai teman wanita. Sukar bagi saya untuk mempercayai wanita. Lelaki tertarik kepada wanita cantik dan wanita pula tertarik kepada lelaki yang dapat menawarkan 'sekuriti' seperti jaminan kewangan. Dan jika anda mempunyai wang dan terkenal pula, wanita tentu akan mendapati anda seksi," kata Jackson.

"Awak tidak akan tahu apa sebenarnya yang dia (wanita) mahu. Ramai orang berkahwin tanpa mengetahui apa sebenarnya motif pasangannya. Tapi saya tidak mungkin akan ditipu...," katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain