suria

Alicia Keys Pakai Seluar Untuk Elak Dianggap Pelacur

ALICIA Keys selesa mengekalkan trademark dengan memakai seluar panjang yang kelihatan seperti gaya remaja supaya dia tidak disalahanggap sebagai seorang pelacur di New York.

Penyanyi R&B ini tidak pernah mendedahkan kakinya di depan khalayak. Perkara itu dilakukan oleh Keys sejak bertahun-tahun dulu untuk perlindungannya sendiri.

"Ketika saya kecil, ia adalah untuk perlindungan diri, supaya saya dapat berjalan dengan selesa di sekitar kawasan saya yang dipenuhi dengan pelacur. Jika mengenakan gaun, kamu akan menjadi sasaran. Itu yang membuatkan saya tidak selesa.

"Lagipun, seluar juga boleh nampak seksi sebenarnya," kata Keys di dalam sebuah akhbar.

Artikel Berikut

Artikel Lain