JESSICA Simpson ingin mengambil masa untuk lebih mengenali kekasih barunya, Billy Corgan.Menurut penyanyi itu, dia tidak mahu terburu-buru memikirkan hubungan yang serius dengan vokalis kumpulan Smashing Pumpkins itu berikutan perpisahannya dengan pemain bola sepak Amerika, Tony Romo. "Mereka sedang mengenali diri masing-masing. Billy adalah seorang lelaki yang baik," kata satu sumber.