suria

Bekas Isteri Mahu ‘Lenyapkan’ Kisah Dengan Pasha Ungu

WALAUPUN telah bercerai, Okie Agustina terus-terusan dikaitkan dengan bekas suaminya, vokalis Pasha dari band Ungu.

Namun mulai tahun 2010 akan datang, wanita ini mahu 'lenyapkan' kisah dengan Pasha lagi.

“Anak pertama saya minta papa yang baru. Saya juga ‘letih’ dikaitkan dengan Pasha lagi. Jadi mungkin saya perlu berkahwin dulu,” ujarnya ketika di Hard Rock Café, Plaza EX, Jakarta, kelmarin.

Menyentuh tentang calon suaminya, Okie tidak meletakkan banyak syarat. Cukuplah sekiranya lelaki itu dapat menerima anak-anaknya.

”Dia (calon suami) bukan sahaja boleh berbaik dengan saya tetapi dengan anak-anak juga,” tutur Okie yang banyak mendapat tawaran berlakon filem sejak kebelakangan ini.

Ditanya tentang kes Okie vs Pasha yang kini sedang dibicarakan di Mahkamah Negeri Bogor, Okie bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

”Saya tidak mahu beri apa-apa komen tentang kes ini lagi. Saya juga berharap kes ini dibicarakan dengan adil tanpa rasuah,” katanya.

Artikel Berikut

Artikel Lain