PEMUZIK Anang Hermansyah dan Erwin Gutawa dilamar sebagai juri Indonesian Idol 2009.Namun begitu penyanyi Titi DJ tidak lagi berada di kerusi juri sebaliknya diganti oleh penyanyi Agnes Monica. Dalam satu kenyataan oleh Freemantle Media, RCTI semalam, Agnes secara rasminya terpilih sebagai juri baru program realiti nyanyian itu.Agnes dianggap cepat bergelar juri berkat popularitinya dalam industri muzik ini. Perempuan yang mula menyanyi sejak berusia 6 tahun ini mencapai cita-citanya dengan gigih untuk ke peringkat antarabangsa.pelbagai pencapaian Agnes yang menjadi kayu ukur kejayaan. Bermula dari Anugerah Muzik Indonesia hingga yang terbaru adalah dua piala dari program MTV Indonesian Awards 2009.Bukan Agnes sahaja, malah komposer Erwin juga merupakan juri baru program itu. Sebelum ini, Indra Lesmana menduduki kerusi juri Indonesian Idol 2008.