MINGGU lepas, Adlib dan teman-teman keluar berlibur di kawasan Damansara. Cuti hujung minggu macam tu, bila lepak-lepak di kedai makan ala-ala cosy bersama teman-teman memang menyeronokkan.Sedang kami syok gelak ketawa berkongsi gosip dunia artis, tiba-tiba pandangan Adlib tertumpu pada kelibat seorang aktres berstatus 'janda meletup' ni melintas di depan mata sambil berpimpin tangan dengan kekasih mudanya. Amboi, bukan main lagi mesranya. Satu Malaya dah tahulah awak tu ada kekasih muda, malah pernah kecoh sebelum ini kisah awak dengan lelaki tu. Tapi yang meluatnya, perlu ke si aktres ni nak bergurau mesra bermanja-manja macam tu depan khalayak ramai. Sekalipun awak bertopi pun, ingat orang tak cam ke wajah tu.Bangga ke tunjuk perangai macam tu. Awak tu artis, emak orang pula tu. Sudahlah, kes mahkamah tu masih menjadi buah mulut orang. Ditambah pula dengan cerita awak disingkir daripada produksi drama gara-gara perangai diva tak bertempat tu. Sekarang nak bangga diri pula tayang kekasih di tempat awam?Awak tu bukannya anak gadis yang muda remaja lagi. Sudah-sudahlah dengan kes-kes 'panas' yang timbul, bawa-bawalah berubah.Adlib: Cuba kawal sikit gelagat galak tu, terutamanya bila berada di kawasan umum