MATTHEW Morrison tidak risau dengan spekulasi tentang seksualitinya. Kata aktor itu, dia sudah dilanda dengan khabar angin yang mengatakan dirinya seorang gay sejak dia kecil lagi.Morrison, 31, akui dia sering digelar homoseksual sejak kecil kerana minatnya terhadap nyanyian dan tarian. Tapi kata pelakon siri Glee itu, dia tidak berasa tersinggung dengan tuduhan seperti itu. "Saya sering digelar gay sejak kecil kerana saya selalu menyanyi dan menari ketika di sekolah. Saya bukan gay, tapi saya suka golongan ini. Jadi tidak perlu untuk saya rasa tersinggung atau marah," kata Morrison dalam majalah Elle.