suria

Betty-Zahida 'Kembar Seiras' Tapi Selera Berbeza

Betty dan Zahida sering dikatakan 'kembar seiras'
Betty dan Zahida sering dikatakan 'kembar seiras'
Betty dan Zahida sering dikatakan 'kembar seiras'

KE MANA saja mereka pergi, ada saja yang menegur wajah mereka yang seiras hingga selalu menimbulkan kekeliruan.

Kebetulan pula mereka berada dalam bidang yang sama, persamaan wajah milik aktres Betty Banafe dan Zahida Rafik ini menyebabkan ramai yang ingat mereka ada ikatan saudara.

Zahida dan Betty bukan saja seiras tetapi adalah teman rapat.

Bila ditanya perasaan Zahida semakin ramai yang kata wajahnya seiras Betty, dia hanya menggeleng kepala.

"Selalu sangat saya dengar orang cakap macam tu. Saya sendiri tak tau nak cakap apa. Lagi pun saya memang rapat dengan Betty dan selalu lepak sama-sama," jelas Zahida.

Bagi Betty pula, dia sudah lama mendengar orang komen yang dia seperti 'kembar seiras' Zahida.

"Betty ok saja tapi ada juga yang salah anggap terutama bila ada gosip liar yang menyentuh Zahida, Betty pun terkena tempias. Begitu juga sebaliknya...," kata Betty.

Sebenarnya kedua teman rapat ini mempunyai latar belakang yang agak berbeza.

Zahida ada darah keturunan Pakistan sedangkan Betty pula mempunyai susur galur dari Arab Yemen di sebelah ayah dan keturunan Jawa dari Istana Keraton di sebelah ibunya.

Susuk badan mereka yang hampir sama juga membolehkan dua sahabat ini bertukar-tukar pakaian.

"Kami juga selalu berkawan dengan group yang sama. Shopping pun tempat sama kalau ada kesempatan. Tapi yang penting kami satu kepala....cool je," kata Zahida yang lebih aktif membuat kerja amal secara secara senyap-senyap sekarang.

"Muka sama tapi selera kami berbeza especially bab boyfriend," kata Betty yang sedang hangat bercinta dengan lagenda rock Nash Lefthanded.

"Yes, tapi taste boyfriend tak sama," sampuk Zahida lagi yang sudah lama tidak aktif dalam bidang lakonan.

"Saya sibuk dengan kerja-kerja amal dan kebanyakannya di belakang tabir saja. Selain itu, saya banyak tolong famili menguruskan bisnes," jelas Zahida yang semakin low-profile sejak kebelakangan ini.

Ditanya tentang gosip berkahwin dengan VIP, Zahida tetap menafikan seperti biasa.

"Saya ramai boyfriend. Susah nak pilih yang mana satu. Bila pula saya kahwin...cerita tu tak betul," kata aktres kelahiran Pulau Pinang itu.

Dua rakan karib ini sudah lama menjalin persahabatan bertahun-tahun lamanya. Jadi banyak rahsia peribadi yang disimpan dan dikongsi bersama.

"Kami memang banyak berkongsi kisah suka duka bersama tapi rahsia tetap rahsia...," kata Zahida.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain