Lagu Menunggu telah diputarkan di Suria FM dan memasuki carta SuriaBandKita di tangga kelima. -Foto The Star oleh M.AZHAR ARIFTANPA terikat dengan mana-mana label, band indie Scampi yang telah bertapak dalam industri seni sejak Oktober 2008 tidak pernah jemu memperjuangkan minat mereka dalam bidang muzik.Jelas kumpulan yang dianggotai oleh Muhammad Hariz Muinnudin (Hariz), Pengiran Khairul Anwar Pengiran Bahrin (Pg), Pengiran Saiful Safuan Pengiran Bahrin (Wan) dan Mohd Shafiq Mohd Rawa (Ayid) ini, mereka sanggup menjadi buskers demi mempromosikan lagu-lagu mereka dan dikenali ramai. Hal ini tercetus apabila Pg berkata dia pernah cuba menjadi buskers pada tahun lalu dan kemudian dihalau oleh pemilik sebuah kedai di Bangsar.Walaupun begitu, Pg tidak berputus asa dan menubuhkan kumpulan yang mengambil nama Scampi iaitu simbolik kepada udang galah.“Kami mendapat idea nama Scampi daripada satu menu di restoran William’s iaitu Nasi Goreng Scampi.“Bagi kami, Scampi simbolik kepada udang galah yang sedap tetapi susah untuk dapat,” beritahu Pg ketika di temubual di Menara Star, Petaling Jaya.Ayid pula menambah, dia mendapat tahu ada beberapa buskers yang bekerjasama antara satu sama lain untuk memperjuangkan muzik dan tidak mustahil mereka juga akan turut serta bergelar buskers.Tambah Ayid, para buskers telah menganjurkan sebuah majlis yang dinamakan 'Buskers Nite' untuk menyatukan semua buskers di sekitar Kuala Lumpur.Menariknya, keempat-empat anak muda ini mempunyai kepakaran dalam bidang seni suara dan bermain alat muzik. Tambahan pula, mereka pernah belajar di sekolah yang sama iaitu Sekolah Menengah Taman Tun Dr Ismail, Petaling Jaya.Hariz, 21, selaku vokalis dan dalam masa yang sama berbakat dalam bermain gitar. Pg, 21, (vokal/ gitar), Wan, 23, (vokal/ bass) dan Ayid, 21, (vokal/ dram).Hariz berasal dari Bandar Utama dan menuntut di Universiti Metropolitan Kuala Lumpur dalam jurusan Multimedia, Pg (Bandar Sunway/ Kolej Segi/ Teknologi Maklumat), Wan (Bandar Sunway/ Kolej Segi/ Kejuruteraan Elektrik) dan Ayid (Kota Damansara/ Universiti Teknologi Mara/ Pengurusan Pelancongan).Walaupun masing-masing masih muda dan menuntut ilmu di menara gading, seiring dengan muzik indie yang bebas berkarya, mereka juga cuba berdikari dan tidak terlalu bergantung kepada keluarga untuk menghasilkan EP yang bakal memuatkan empat buah lagi iaitu Menunggu, Aku Tahu, Mungkin Ada Kamu dan Berubah.“Sebuah lagu yang kami hasilkan membelanjakan sebanyak RM700. Jadi, kami akan berkongsi duit dengan melakukan kerja sampingan. Kami memang tak bergantung dengan keluarga bila berbelanja untuk band,” cerita Ayid yang lebih banyak bercakap bagi pihak band itu.Mereka bukan sahaja menghasilkan lagu dengan duit poket sendiri, malah turut mencipta lagu sendiri.Hariz lebih berbakat dalam mencipta lagu dan selepas itu mereka berempat akan berkongsi idea untuk menjadikan lagu-lagu itu lebih menarik.Sibuk mana dengan band pun, pelajaran tetap diutamakan kerana mereka telah berjanji dengan keluarga dan diri masing-masing untuk berjaya dalam akademik mahupun muzik.Selepas menamatkan pelajaran masing-masing, mereka juga akan meneruskan kerjaya dalam bidang muzik walaupun waktu itu mungkin sibuk dengan karier lain.Dengan menginspirasikan band dari United Kingdom iaitu Radiohead, Scampi memperjuangkan genre rock dan pop rock dengan harapan untuk membawa muzik mereka ke persada dunia.“Kami memasukkan elemen grunch dalam vokal Hariz yang unik kerana kami lihat muda-mudi sekarang lebih suka lagu-lagu rock.“Kami juga suka mengamalkan konsep eksperimental dengan membawa muzik baru yang lain dari yang lain ala-ala Radiohead. Misalnya, kami bereksperimen dengan efek. Tetapi semuanya memerlukan sumber kewangan yang tinggi.“Kadangkala apabila jamming, saya ada juga mencampurkan beberapa alat muzik lain dalam sesebuah lagu itu seperti seruling,” kata Pg yang lebih pakar dalam bidang muzik.Selain Radiohead, Pg berkata mereka mahu mengikut jejak langkah The Beatles yang banyak mencipta genre muzik seperti R&B, Hip Hop, Metal dan Reggae.Sambil berbual, secara selang-seli mereka bermain alat muzik yang dibawa iaitu sebuah djembe bersama tiga buah gitar dan memperdengarkan dua buah lagu mereka iaitu Menunggu dan Aku Tahu.Buat masa ini, mereka telah merakamkan lagu Menunggu (single pertama) dan Aku Tahu di studio Iseekmusic milik pemuzik dan bekas pemain dram Seven Collar T-Shirt, Mokhtar Rizal.Lagu Menunggu telah pun terpilih memasuki carta SuriaBandKita di Suria FM dan berada di tangga kelima.Band ini juga mula terlibat dengan showcase atau gig yang diadakan oleh Suria FM melalui bantuan DJ Bob Ringgo.“Alhamdulillah, kami bukan sahaja mendapat sokongan positif daripada peminat yang terdiri daripada kawan-kawan kami malah band-band lain seperti Matahari, Maffla 21,” kata Hariz.Pada 17 Januari ini, pukul 2 petang, mereka akan terlibat dengan sebuah showcase anjuran Suria FM iaitu Akustika Band Kita di Plaza Alam Sentral, Shah Alam.Bagi peminat yang mahu menghubungi atau mendapatkan maklumat lanjut mengenai Scampi, boleh emelkan ke [email protected] atau layari www.myspace.com/scampiband.