Fahrin bersama peguamnya Tengku Naufal Tengku Mansor pada sidang media notos tuntutan terhadap bekas kekasihnya Linda Onn. Foto The Star Oleh BRIAN MOH SERI KEMBANGAN: Pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad, 31, hari ini menafikan tuduhan penyampai radio Linda Onn, 32, bahawa dia seorang yang memiliki sikap panas baran seperti yang didakwa bekas teman wanitanya itu baru-baru ini sehingga mendatangkan fitnah dan provokasi kepada pembaca.Sehubungan itu, Fahrin melalui peguamnya, Tengku Naufal Tengku Mansor menuntut Linda atau nama sebenarnya, Rozlinda Onn tampil membuat kenyataan maaf secara terbuka dalam tempoh tujuh hari mulai Jumaat lalu melalui akhbar Sinar Harian dan The Star. Beliau mendakwa, anak guamnya sangat tertekan dari awal tahun dengan apa yang berlaku sehingga memberi impak kepada imej dirinya dan keluarga.Dalam pada itu, Tengku Naufal memberitahu pihaknya sedang dalam proses mengumpul bukti yang cukup, sama ada melalui kenyataan-kenyataan akhbar, blog dan laman Twitter untuk mendakwa selebriti lain yang terlibat.