PENYANYI dan komposer Anang Hermansyah semakin sibuk dan sebab itu dia mengaku kurang memperhatikan kedua-dua anaknya."Awal tahun 2010 ini, saya banyak show dan promo sampai ke luar negeri. Saya mula jarang memberikan perhatian kepada anak-anak seperti kelmarin lagi," ujarnya kepada detikhot.com ketika ditemui di Pondok Gede, Jakarta Timur, kelmarin. Jadualnya yang sangat padat itu membuatkan Anang jarang bertemu Aurel dan Azriel. Keluar bekerja pada waktu pagi dan pulang menjelang larut malam sudah menjadi kebiasaan bagi Anang.Dengan kewujudan teknologi telefon bimbit pun tidak membuat Anang tenang. "Telefon masih belum cukup," tambahnya.Penyanyi lagu Separuh Jiwa Ku Pergi ini mengungkapkan rasa sedihnya apabila melihat kedua-dua buah hatinya sering ditinggal. Lalu adakah niat Anang untuk meninggalkan Aurel dan Azriel di bawah jagaan bekas isterinya, Krisdayanti?"Yanti juga sibuk," katanya ringkas.