suria

Clooney Beli Loteri Untuk Bantu Mangsa Haiti

AKTOR senior George Clooney sanggup membeli tiket loteri bernilai 117 juta pound untuk menolong mangsa di Haiti. Menurut Clooney, andai kata dia menang, dia akan memberi wang itu kepada mangsa Haiti.

Clooney, 48, bersama teman wanitanya, Elisabetta Canalis, 31, dan jiran-jirannya di Lake Como berganding bahu untuk membeli tiket-tiket loteri ini.

"Wang taruhan jackpot cukup lumayan. Mengapa saya tidak cuba nasib?" kata Clooney kepada Daily Star.

Sebelum ini, aktor ini telah membuat persembahan istimewa untuk meringankan beban mangsa Haiti, dalam sebuah konsert yang turut dibantu oleh penyanyi terkenal Madonna and Beyonce.

Artikel Lain