suria

'Berlin Alexanderplatz' Filem Terpanjang Berdurasi 15 Jam Setengah

JIKA durasi filem Hindustan yang memakan masa 3 jam lebih dianggap panjang, maka filem Jerman bertajuk 'Berlin Alexanderplatz', yang pernah ditayangkan pada 1980 adalah sebuah filem bertaraf marathon.

Ini kerana filem itu mengambil masa 15 setengah jam, arahan Rainer Werner Fassbinder yang diadaptasi dari novel Alfred Döblin terbitan 1929, di bawah tajuk yang sama.

Filem 'Berlin Alexanderplatz' dibintangi oleh pelakon hebat Jerman yang terdiri dari Günter Lamprecht, Hanna Schygulla, Barbara Sukowa, Elisabeth Trissenaar dan Gottfried John.

Cerita ini berkisar penjenayah bernama Franz Biberkopf, yang melibatkan diri dalam kegiatan jenayah dan pelacuran. Setelah mentornya membunuh seorang pelacur, Franz dapati hidupnya menjadi lebih rumit.

Dalam satu tinjauan yang dibuat pada 2002, 100 orang penulis terkenal dari Norwegian Book Clubs telah memilih buku itu sebagai 100 buku terbaik sepanjang masa.

Filem kedua terpanjang dalam sejarah perfileman dunia ialah Resan (Perjalanan Itu), sebuah filem berdurasi selama 14 setengah jam arahan Peter Watkins. Filem ini dihasilkan dari tahun 1983 hingga 1985 dan lokasinya melibatkan beberapa benua di dunia dan bertemakan senjata nuklear, perbelanjaan tentera dan kemiskinan.

Resan pernah ditayangkan di Toronto Film Festival pada 1987, tapi sejak hari itu filem ini langsung tidak kedengaran.

Ia juga pernha ditayangkan di Mexico City International Festival of Contemporary Cinema (FICCO) pada Februari 2007. Antara bulan 25 April hingga 1 Mei, kesemua 19 bahagian filem itu ditayangkan di Austrian Filmmuseum di Vienna, Austria.

Filem yang terhasil pada 1971, OUT 1, oleh pengarah Jacques Rivette, seorang penerbit Perancis alaf baru.

OUT 1 terbahagi pada lapan episod dan mengambil masa 90-100 minit bagi setiap bahagian.

Di belakang filem OUT 1 pula ialah filem 'How Yukong Moved the Mountains' (1977) mengisahkan tentang hari-hari terakhir revolusi kebudayaan di China. Filem ini memakan durasi selama 13 jam.

Di tempat kelima ialah filem, 'Evolution Of A Filipino Family' oleh Lav Diaz pada 2004, yang hanya tamat penyiaran selepas 11 jam.

Berikut adalah senarai nama filem-filem yang terpanjang dalam sejarah perfileman.

Shoah 566 minit (9 jam) - 1985

Tie Xi Qu: West of the Tracks 556 minit (9 jam) - 2003

Death in the Land of the Encantos 540 minit (9 jam) - 2007

Heremias Book One: The Legend of the Lizard Princess 540 minit (9 jam) - 2006

Taiga 501 minit (8 jam) - 1992

Liberation 487 minit (8 jam) - 1969

War and Peace 484 minit (8 jam) - 1968

Melancholia 480 minit (8 jam) - 2008

The Photo-Drama of Creation 480 minit (8 jam) - 1914

Imitation of Christ 480 minit (8 jam) - 1967

El Protegido de Satán 480 minit (8 jam) - 1917

Mefisto 460 minit (8 jam) - 1917

Satantango 450 minit (8 jam) - 1994

Hitler: A Film from Germany 442 minit (7 jam) - 1978

Arshin Mal Alan 420 minit (7 jam) - 1916

The Satin Slipper 410 minit (7 jam) - 1985

The Best of Youth 400 minit (7 jam) - 2003

Bábolna 400 minit (7 jam) - 1985

I, Paisan 392 minit (7 jam) - 1967

Parisette 380 minit (6 jam) - 1921

Babel - A Letter to My Friends Left Behind in Belgium 380 minit (6 jam) - 1991

The Stand 366 minit (6 jam) - 1994

La Révolution française 360 minit (6 jam) - 1989

Little Dorrit 360 minit (6 jam) - 1988

Bevezetés a filmkészítés rejtelmeibe 360 minit (6 jam) - 1996

Les Miserables 359 minit (6 jam) - 1925

The Fight for Moscow 358 minit (6 jam) - 1985

Near Death 358 minit (6 jam) - 1989

Fragments: Jerusalem 358 minit (6 jam) - 1997

La Commune (Paris, 1871) 345 minit (6 jam) -2000

And Quiet Flows the Don 340 minit (6 jam) - 1957

Perón, sinfonía del sentimiento 340 minit (6 jam) - 1999

L'idole des jeunes 338 minit (6 jam) - 1976

Vkus khleba 336 minit (6 jam) - 1979

Napoléon 330 minit (6 jam) - 1927

Yoman 330 minit (6 jam) - 1983

Mahatma: Life of Gandhi (1869-1948), 330 minit (6 jam) - 1968

Spiritual Voices 328 minit (5 jam) - 1995

Vindicta 320 minit (5 jam) - 1923

Cleopatra 320 minit (5 jam) - 1963

As I Was Moving Ahead Occasionally I Saw

Brief Glimpses of Beauty 320 minit (5 jam) -2000

1900 318 minit (5 jam) - 1976

Tsahal 316 minit (5 jam) - 1994

The Deluge 316 minit (5 jam) - 1974

Batang West Side 315 minit (5 jam) - 2002

Fanny and Alexander 312 minit (5 jam) - 1983

Nightmare 312 minit (5 jam) - 1972

Legend About Thiel 311 minit (5 jam) - 1976

Les Misérables 305 minit (5 jam) - 1934

The Confessions of Winifred Wagner 302 minit (5 jam) - 1975

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain