suria

Aksi 'Cacing Kepanasan' Penyampai Wanita Di Konsert

INI kisah gelagat 'cacing kepanasan' seorang penyampai radio popular ketika bertugas mengacarakan sebuah konsert mini beberapa artis tempatan dan kumpulan dari Indonesia, baru-baru ini.

Ceritanya, si penyampai yang memang terkenal dengan sikap 'kekwat' tak bertempatnya tu dikatakan beraksi seperti 'cacing kepanasan' ketika mengendalikan konsert itu.

Yang membuatkan teman Adlib tu lebih menyampah bila si penyampai terkinja-kinja macam 'beruk dapat bunga'.

Yang tak tahannya, dalam satu segmen konsert tu, dia boleh pula nak bangga diri tak bertempat tentang bekas sekolahnya itu.

Orang lain belajar di sekolah yang lebih hebat, tapi tak perlulah pun nak pukul canang macam kau.

Kalau setakat belajar di sekolah 'elit' tapi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) entah apa-apa, itu ke yang nak dibangga-banggakan dengan sekolah elit kau tu?

Adlib faham, mungkin kau nak bergurau mesra dengan peminat-peminat kau (ada ke peminat?), terutamanya budak-budak junior dari sekolah lama kau tu.

Masalahnya, konsert tu untuk orang awam kot? Bukan semua penonton malam tu satu sekolah dengan kau.

Lainlah kalau konsert itu dianjurkan oleh sekolah lama kau atau diadakan di dewan sekolah lama kau tu ke, memanglah boleh kau bergurau sakan pasal cerita sekolah.

Mungkin penyampai tu tak sedar gelagat 'terlebih sudah'nya di atas pentas tu mengundang perasaan meluat segelintir penonton malam itu, terutamanya pada beberapa teman Adlib yang bertugas membuat liputan.

Adlib: Dengarnya ini bukan kali pertama penyampai tu beraksi 'terlebih ceria' macam kanak-kanak Ribena. Dah jadi mak orang pun, masih tak reti-reti nak kawal tingkah laku ke?

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain