suria

Drew Barrymore Bahagia Bila Usia Semakin Tua

BERTAMBAHNYA usia tidak membuatkan aktres Drew Barrymore panik atau mahu melakukan pembedahan plastik sebaliknya memilih untuk menikmati setiap perubahan yang berlaku kepada dirinya.

“Sekarang merupakan masa yang paling menyenangkan hidup saya. Saya tidak menyalahkan umur mahupun kedut-kedut di wajah saya,” jelas Barrymore kepada Female First, semalam.

Wanita yang dilahirkan pada 22 Februari 1975 itu berkata di usia mencecah 35 tahun membuatkan dirinya berasa lebih dewasa dan penyabar. Bukan itu sahaja, dia juga bangga dengan sederet pencapaian dalam hidupnya yang sebelum ini tidak pernah diimpikannya.

Bintang filem ‘Never Been Kissed’ itu juga mengaku tidak takut kalah dengan saingannya yang terdiri daripada pendatang baru. Di Hollywood, berkarier tidak selalu berada di depan kamera.

”Kalau aku tidak lagi laku sebagai aktres, tidak mengapa. Bukan masalah besar, saya juga sudah mulai belajar menjadi sutradara dan produser,” ujarnya lagi.

Artikel Berikut

Artikel Lain