suria

Dian Bertunang Secara Tertutup?

AKTRES Dian Sastrowardoyo khabarnya akan melangsungkan majlis pertunangan secara tertutup yang dihadiri oleh keluarga terdekat sahaja.

Namun menurut pihak yang dikhabarkan akan menguruskan majlis pertunangan Dian berkata, dia tidak tahu menahu tentang perkara itu kerana keluarga Dian tidak pernah berbincang tentang majlis tersebut.

”Jangankan wartawan, saya telah bertanya kepada ahli keluarganya tetapi mereka menjawab no komen,” ujar Ahmad Holili, orang yang disebut akan mengurus majlis pertunangan Dian kepada detikhot.com semalam.

Sementara itu, menurut salah seorang ahli keluarga Dian, kekasih Dian, Indraguna Sutowo akan melamar wanita itu kira-kira sebelah petang.

Persiapan di kediaman bapa saudara Dian di JI. Bangka Raya No. 49, Jakarta Selatan itu telah selesai. Pelamin dihiasi warna krim manakala taman di halaman rumah Dian juga dihias indah dan menimbulkan kesan eksotik.

”Memang majlis itu akan dilangsungkan secara tertutup kerana mungkin mahu memastikan majlis itu berjalan dengan lancar,” tutur penjaga rumah, Yulianto.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain