AKTRES Emily Blunt menolak untuk mengikut trend selebriti Hollywood yang obses dengan Twitter. Bintang The Devil Wears Prada itu menganggap Twitter sangat menakutkan.Menurut Contact Music semalam, Emily menyatakan dirinya tidak akan memiliki akaun di Twitter. Dia tidak mahu para peminatnya merasa bosan dengan berita terkini yang tidak penting tentang kehidupan sehari-harinya. ”Twitter itu sungguh-sungguh sangat menakutkan. Ini membuat fikiran kita sangat bosan dengan mendengar aktiviti orang lain yang tidak penting,” ujarnya. Menurut wanita berusia 26 tahun itu, seorang selebriti seharusnya tidak perlu menghebahkan kehidupan peribadinya.“Jika kita tidak menjaga kehidupan peribadi kita, kita akan menjadi bahan gosip,” tuturnya.