Sheera semakin dikenali menerusi watak Halimah Jongang. - Foto oleh LOW LAY PHONLAKONANNYA sebagai Halimah Jongang begitu melekat di hati penonton sehingga ada kanak-kanak yang mengajak Sheera Iskandar berkahwin.Mungkin kerana ramai yang kasihankan wataknya sebagai perempuan jongang dan sering diperlekeh orang lain, sebab itu kanak-kanak itu sanggup menyatakan lamaran itu. “Ada kanak-kanak beritahu saya, nanti bila dewasa dia nak kahwin dengan saya setelah menyedari saya adalah Halimah Jongang,” kata Sheera atau nama sebenarnya Tengku Shaheera Ilani Tengku Iskandar.Pelakon berusia 25 tahun itu mengakui drama 13 episod Halimah Jongang mendapat sambutan menggalakkan sejak ia dihasilkan dalam bentuk telefilem terbitan A. Aida Productions.Drama yang turut dilakonkan oleh Pierre Andre, Aishah Atan, Diya AF, Zaibo, Hamid Gurka dan ibunya, Aznah Hamid itu sedang disiarkan di saluran Astro Prima pada setiap Rabu.Sheera menafsir dirinya lebih dekat dengan watak wanita yang pemalu dan bukannya komedi.Apabila diberikan watak Halimah Jongang, tanpa disangka-sangka, dia boleh membawa karakter wanita yang kelakar.“Saya rasa mungkin bila saya memakai gigi jongang palsu itu, terus secara automatik ‘roh’ Halimah wujud dalam diri saya.“Bila saya menerima watak tu, saya tak kisah muka nampak buruk kerana saya mahu mencuba watak yang berlainan,” jelas Sheera yang mengakui dirinya telah mempunyai kekasih.Gambar Dengan Kekasih Dikutuk Jejaka kacukan Melayu dan Cina bernama Syan, 26, itu sudah tiga tahun mengisi kekosongan hatinya selepas dia putus tunang.Ditanya bilakah mereka akan menamatkan zaman bujang, Sheera berkata dia dan pelajar di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) itu hanya ‘menunggu seru’.“Saya berkenalan dengannya melalui kawan masing-masing. Dia tiada masalah dengan karier saya sebagai pelakon,” tuturnya yang kesal apabila ada pihak menceroboh dan mengutuk gambar peribadi mereka di Internet.Menurutnya, gambar yang dirakamkan semasa dia mengikut Syan pulang ke kampungnya di Langkawi itu diletakkan di laman web sosial milik kekasihnya itu.“Saya pelik bagaimana orang boleh mengutuk dengan mengatakan kami sedang berada di bilik hotel.“Sedangkan saya berada di rumahnya dan sebenarnya ramai ahli keluarga Syan yang ada dalam rumah itu. Saya juga memakai baju kurung waktu itu,” jelas pelakon telefilem Janji Diana dan drama Siong itu.Sikap Rendah Diri Buat Sheera Kurang DikenaliWalaupun sudah serius berlakon sejak berusia 18 tahun, nama Sheera kurang menjadi bualan ramai.Sheera akui orang ramai lebih mengenalinya kerana ibunya dan wataknya dalam drama Halimah Jongang.“Kadangkala, orang hanya gelar saya anak Aznah Hamid dan Halimah Jongang kerana mereka tidak mengetahui nama saya.“Saya rasa mungkin juga sebab sikap merendah diri ini yang membuatkan orang tak perasan kewujudan saya,” katanya.Anak kelahiran Kelantan itu mula berlakon sejak berusia empat tahun dan muncul di beberapa drama slot Spektra di RTM.Selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), dia kembali menyinari industri lakonan setelah ditawar berlakon filem Bicara Hati.