KOMPOSER India yang sudah mencapai tahap antarabangsa A.R. Rahman khabarnya akan bekerjasama dengan Amy Tinkham, pengarah muzik terkenal yang pernah mengarahkan konsert live bersama Britney Spears dan Mariah Carey.Kedua-dua mereka akan bekerjasama untuk memahatkan lagi nama Bollywood dan muzik India. Konsert yang akan diberi nama,"The Jai Ho Concert: Journey Home World Tour ", akan menjadi satu pengalaman teater yang hebat dengan rangkuman teknologi baru, koreografi tarian hebat dan akrobatik."Persembahan itu juga akan memaparkan imej yang hebat di skrin LED dengan menampilkan pemuzik dan penari terbaik di dunia ini," kata jurucakap Rahman.Konsert ini dijadualkan berlangsung pada bulan Jun di Nassau Coliseum New York. Antara lain, persembahan konsert ini akan memaparkan muzik yang pernah ditulis khas Rahman untuk mendiang Michael Jackson sebelum Raja Pop itu meninggal dunia.Konsert yang akan diterbitkan oleh Deepak Gattani, dijadualkan akan dipentaskan di 20 bandar besar di seluruh dunia seperti The Forum Los Angeles, The Patriot Center Washington, American Airlines Arena Dallas, Texas dan Wembley Arena juga O2 Arena di London.