PENDATANG baru Kesha sudah berani memberi pendapatnya kepada artis lama. Dia dalam kenyataannya mengakui tidak suka kepada bintang-bintang dunia seperti Britney Spears.Nama penyanyi berusia 23 tahun itu mula dikenali dengan single Tik Tok. Dia juga turut menyumbangkan lagu dalam track Britney yang berjudul Lace and Leather. Meskipun pernah bekerjasama dengan Britney, Kesha mengaku tidak terkesan dengan penampilan Britney dalam promosi album Circusnya. Dia memberitahu bahawa Britney tidak menyanyi, tapi hanya menggerakkan bibirnya mengikuti muzik."Saya rasa itu hanya nyanyian kosong. Tidak adil bagi orang-orang yang datang dan melihat pertunjukan itu. Pada saya kalau kamu jadi seorang penyanyi, kamu harus menyanyi," kata Kesha seperti dipetik Daily Record. "Kalau kamu hendak jadi penari, kamu harus boleh menari. Kalau kamu ingin melakukan kedua-duanya, kamu harus menyanyi dengan betul-betul dan menari," jelasnya."Saya tidak akan melakukan itu kepada peminat. Saya tidak bermaksud untuk menyinggungnya (Britney). Saya pernah diminta untuk berbuat begitu tapi sya menolaknya," jelas Kesha tegas.