suria

Brooke Shields Ingin Guna Laser Hilang Kedut

AKTRES Brooke Shields sudah tidak sanggup melihat kedutan di wajahnya dan mengambil keputusan untuk menggunakan kaedah laser untuk membuang kedutan itu.

Shields mengaku dia tidak selesa menjadi tua.

"Saya mahu menjalani rawatan laser kerana saya tak suka kedutan di muka," kata Shields pada Daily Star.

Namun begitu, Shields mengaku dia takut bila memikirkan tentang rawatan tersebut.

"Saya perlu mencari pakar yang lemah lembut bagi membuat rawatan tersebut kepada saya," katanya.

Menurut Shields,"Dia amat gerun sekali kerana dia tidka mahu kelihatan seperti The Joker."

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain