Antara selebriti yang tercalon dalam Parti HIP TV di sidang media Parti HIP TV baru-baru ini. - Foto oleh SAM THAMSELARI dengan azam tahun baru TV9 untuk menjadi sebuah stesen televisyen yang lebih kontemporari dan bertenaga, ia kini muncul dengan Parti HIP TV, sebuah majlis anugerah yang pastinya akan menarik perhatian ramai di persada seni tanah air kita.Acara ini juga secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara para media dan artis. Seperti yang sudah diketahui ramai, Parti HIP TV agak berbeza dari acara permaidani merah yang lain kerana ia mempunyai konsep dan identiti yang cukup unik dan santai.Parti HIP TV mempertandingkan 10 kategori kepada artis terpilih iaitu Artis Mat Romeo, Artis Kiut Miut, Artis Bibir Seksi, Artis HIP (Highly Intelligent Popular), Artis Tak Harap Pada Rupa, Artis Melaram, Artis Hot Mama dan Artis Bikin Panas.Setiap kategori ini telah pun mula ke udara menerusi episod Debaran Parti HIP TV yang disiarkan setiap Jumaat, pukul 9 malam selama setengah jam bermula 8 Januari lalu. Keputusannya akan diumumkan pada malam ini di Kelab Shah Alam setelah dinilai 100 peratus oleh undian penonton menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS).Menurut Ketua Pengurusan Penjenamaan Kumpulan TV9, Rozaina Zainul Abidin, stesen televisyen itu memilih untuk merakamkan majlis itu kerana tahun ini merupakan tahun pertama ia diadakan.“Kalau buat secara langsung, kita memerlukan kawasan yang terbuka serta belanja yang besar. Tetapi kali ini kita hanya menganjurkan majlis secara tertutup untuk 300 orang termasuk rakan artis, media dan VIP dalam industri.“Kita tak nak lawan award show yang popular seperti Anugerah Bintang Popular dan sebagainya,” kata Rozaina dalam sidang media kelmarin di Sunway Pyramid.Dalam masa yang sama, mereka turut menerima reaksi positif dan negatif daripada penggiat dalam industri mengenai program itu.“Kami mendapat maklumbalas yang positif dan negatif daripada pelbagai pihak. Jadi apabila mendapat dorongan daripada penonton, sebab itu kami mengadakan majlis ini.“Majlis ini juga diadakan bersempena ulang tahun TV9 yang ke-empat,” beritahunya.Menyentuh tentang pemilihan kategori, kebanyakannya datang daripada kalangan pandangan orang ramai menerusi laman web TV9. Cuma beberapa kategori sahaja yang dipilih oleh pihak produksi.Sudah namanya majlis yang penuh santai dan cool, pemenang bagi setiap kategori dihadiahkan sebuah trofi sebagai simbol kemenangan.Majlis itu telah dirakamkan dan disiar menerusi TV9 pada 2 April ini, Jumaat selama 90 minit bermula pukul 10 malam.Berikut merupakan nama artis yang tercalon dalam semua kategori:Artis Mat Romeo – Jehan Miskin, Hans Isaac, Norman Hakim, Zed Zaidi, Remy IshakArtis Kiut Miut – Bell Ngasri, Tam, Mila, Stacy, Sari YantiArtis Bibir Seksi – Noryn Aziz, Anita Sarawak, Farawahida, Jaclyn Victor, Ning BaizuraArtis Tak Harap Pada Rupa – Khir Rahman, Black Mentor, Dina, Faizal Ismail, Siti SarahArtis Melaram – Fouziah Gous, Jaafar Onn, Rosnah Mat Aris, Sheila OIAM, SyafinazArtis Hot Mama – Datin Norjuma, Rozita Che Wan, Nora Danish, Amy Mastura, Vanida ImranArtis Awet Muda – Anuar Zain, N.D. Lala, Rosyam Nor, Datuk Sheila Majid, Sofea JaneArtis Bikin Panas – Akhil Hayy, Memey Suhaiza, Linda Onn, Azwan Ali, Sheila RuslyArtis Contoh – KRU, Dr. Fazley, Maya Karin, Raihan, Datuk Siti NurhalizaArtis HIP (Highly Intelligent Popular) – Adibah Noor, Afdlin Shauki, Datuk Chef Wan, Fara Fauzana, Upin & Ipin.