suria

Terjah Direhatkan Sementara, Bukan Berhenti Terus - Nas Ahmad

Nas mengaku program Terjah berehat sementara selepas selesai bersiaran selama satu episod. - Foto ihsan NAS AHMAD
Nas mengaku program Terjah berehat sementara selepas selesai bersiaran selama satu episod. - Foto ihsan NAS AHMAD
Nas mengaku program Terjah berehat sementara selepas selesai bersiaran selama satu episod. - Foto ihsan NAS AHMAD

DAKWAAN kononnya program Terjah dihentikan terus akhirnya terjawab apabila penerbitnya, Nas Ahmad tampil menafikannya.

Nas bagaimanapun mengaku episod akhir program itu yang disiarkan Isnin lalu tidak akan disambung selepas tamatnya 13 episod penyiarannya di TV3.

"Memang Terjah telah berakhir pada Isnin lalu kerana telah cukup satu musim. Selepas ini, saya tidak boleh pastikan lagi sama ada ia akan disambung atau tidak.

"Kebetulan TV3 mempunyai slot lain untuk digantikan dengan program ini. Nak cari slot lain pun dah penuh.

"Jadi, kita ambil masa sekarang ini untuk berehat sementara bagi mengkaji semula mana yang 'ok' atau tidak," kata Nas kepada mStar Online hari ini.

Kata Nas, setiap elemen yang tidak wajar disiarkan dalam program kontroversi itu akan dikeluarkan.

"Apabila kita kembali bersiaran nanti, kita akan pastikan program ini menjadi lebih mantap," ujarnya lagi.

Pada eisod terakhirnya, Terjah menyiarkan ucapan 'terima kasih atas sokongan, komen, kritikan dan segala-galanya' sebelum program itu melabuhkan tirai pada Isnin lalu.

Bagi bekas wartawan Melodi itu sendiri, ucapan itu ditujukan bukan untuk menunjukkan rancangan itu akan berakhir.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain