Amber bersama suaminya, Adrian Wong yang juga merupakan pengurus dan rakan perniagaannya.KUALA LUMPUR: Teka teki mengenai siapa sebenarnya suami supermodel Amber Chia akhirnya terjawab - Adrian Wong, pengurus dan rakan perniagaannya.Pasangan pengantin baru itu menemui wartawan di sini semalam untuk memperkenalkan identiti "Mr Amber Chia", setelah merahsiakan isu itu selepas perkahwinan mereka di Bali, Indonesia, minggu lalu. Adrian, 36 merupakan duda beranak dua hasil perkahwinannya yang lalu."Kami membuat keputusan untuk mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu orang lain membuat spekulasi lagi," kata Amber kepada The Daily Chilli."Kami tidak mahu keadaan menjadi tidak terkawal. Kami minta maaf sekiranya kami membuat ramai orang terkejut, termasuk kawan-kawan kami, tetapi kami hanya dua insan yang sedang bercinta yang mengaggap perkara ini sebagai kisah peribadi," kata supermodel Malaysia itu."Sebenarnya kami inginkan waktu yang lebih sesuai untuk mengumumkan perkahwinan kami. Saya harap semua orang faham bahawa di bukan selebriti dan dia tidak biasa mennjadi tumpuan seperti saya," tambah Amber.Mengenai tuduhan oleh pihak-pihak tertentu bahawa dia merupakan "perosak rumah tangga", Amber sekeras-kerasnya berkata: "Tidak sama sekali. Bila saya mula mengenali Adrian dan akhirnya jatuh cinta kepadanya, dia sudahpun bercerai secara rasmi."Adrian, bekas graduan jurusan perniagaan dari Universiti Melbourne, menghabiskan masa 10 tahun di Australia dan merupakan pengasas serta pengarah Absolute Entertainment, syarikat pengurusan acara yang bertanggungjawab membawa artis-artis antarabangsa seperti Pussycat Dolls dan Andy Lau ke Malaysia.Buat masa ini Adrian mempunyai beberapa kepentingan perniagaan di Hong Kong dan Malaysia.Dia melamar Amber kira-kira lima setengah bulan lalu selepas berkenalan dengan supermodel itu selama setahun setengah.