Kristen StewartAktres Hollywood, Kristen Stewart berkata dia benci dikritik ekoran ekspresi diri yang sugul ketika berjalan di atas permaidani merah.Dia mempercayai ia adalah reaksi spontan terhadap orang di sekelilingnya. "Orang lain berkata saya sedih sepanjang masa. Sebenarnya bukanlah saya berasa sedih. Cuma seseorang menjerit pada saya."Kadang-kala, saya menahan diri daripada menangis. Ia adalah reaksi fizikal pada tenaga negatif yang ditujukan kepada anda," media memetik Stewart sebagai berkata.Stewart menegaskan komen negatif yang diterimanya adalah tidak adil kerana dia sukakan profesionnya.